Friday, February 26, 2010

TOKOH MATEMATIK ISLAM

Abu Abdullah Mohammad Ibn Musa al Khawarizmi telah dilahirkan di bahagian Kath Khwarizm (Kheva, Uzbekistan) selatan Aral Sea di Asia Tengah.Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Cowarizmi, al-karismi, al-Goritmi atau al-Gorism. Nama al-Gorism terkenal pada abad pertengahan. Di negara Perancis pula al-Gorism muncul sebagai Augryam atau Angrism. Di negara barat pula dia dikenali sebagai Aurym atau Augrim.


Ibu bapanya berhijrah ke sebuah kawasan di selatan Baghdad semasa beliau masih kecil lagi.Hanya sedikit maklumat sahaja yang diketahui mengenai latar belakang beliau.Gelaran al-khawarizmi diberi kepada beliau sempena tempat kelahirannya iaitu Khath,sebahagian daripada daerah Khawarizm.Khath kini telah lenyap akibat ditelenggami pasir.Tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. Dicatatkan, beliau meninggal dunia antara 220M dan 230M. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad kesembilan.

Al-khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas meliputi bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.


Sumbangan al-khawarizmi mula menyerlah di bawah pemerintahan Khalifah Al-Ma'mun di Baghdad pada 813 hingga 833 Hijrah.Beliau telah dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja atas sumbangan dan kajian beliau.Beliau lebih dikenali sebagai Al-khawarizmi di kalangan ahli sains dan merupakan seorang ahli sains islam yang terulung dalam ilmu matematik selain dikenali juga sebagai seorang ahli astronomi dan geografi.

Dalam bidang ilmu matematik,beliau dikenali kerana memperkenalkan konsep matematik algorithm.Hasil kerjanya di dalam ilmu algebra sangat cemerlang dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam pembentukan sistematik tetapi bertanggungjawab membangunkan penyelesaian analitikal dan juga pengembangan garis lurus serta persamaan kuadratik.Persamaan kuadratik merupakan satu persamaan di mana kuasa dua tanpa kuasa lebih tinggi digunakan bagi yang tidak diketahui.Kejayaan itu akhirnya menjadikannya sebagai pengasas ilmu Algebra.

Nama Algebra diambil daripada buku beliau yang sangat popular iaitu Al-Jabr wa al-Muqabilah.Beliau turut menjelaskan dengan teliti kegunaan sifar dalam sistem angka yang dibangunkan orang Arab selain membangunkan sistem perpuluhan.

Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun Islam. Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falak iaitu pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang.Diantara hasil kerja beliau ialah membuat penyemakan dan memperkemaskan semula ilmu astronomi pada ketika itu dan membetulkan pelbagai pandangan Ptolemy.

Beliau juga telah menghasilkan peta dunia pertama yang telah diterokai pada zaman itu. Beliau juga telah menghitung isipadu dan ukurlilit bumi, mencipta alat penentu kedudukan bintang, sukatan masa dan jam matahari.

Hasil penemuannya dibukukan dan beberapa daripadanya telah diterjemahkan dalam bahasa Latin pada awal kurun ke-12.Beberapa bukunya mengenai kira-kira,Kitab al-Jam' wal Tafreeq bil hisab al hindi telah hilang di benua Arab namun ilmu mengenainya masih boleh diperolehi dalam buku terjemahan ke dalam bahasa Latin ini.

Bukunya mengenai Algebra iaitu Al-Maqala fi Hisab al-Jabr wa al-Muqalabah juga telah diterjemahkan dalam bahasa Latin dan ia adalah terjemahan yang diperkenalkan dalam dunia sains baru kepada Barat.

Hasil kerjanya dalam ilmu falak turut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah dan kemudian ke dalam bahasa Cina.Buku geografinya,kitab surat al-Ard bersama-sama peta lakarannya juga telah diterjemahkan.Beliau turut menulis kalendar yahudi,Istikhraj Tarikh al-Yahud selain menulis kitab al-Tarikh dan buku mengenai alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari iaitu Kitab al-Rukhmat.Malangnya kedua-dua buku tersebut telah hilang.

Kitab Al-Jabr wa al-Muqabilah.
Pengaruh al-khawarizmi dalam perkembangan ilmu sains khususnya matematik,astronomi dan geografi kini menjadi lakaran sejarah.
Al-Khawarizmi dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan ia diperakui oleh sarjana Barat. G. Sarton pernah menyatakan bahawa pencapaian-pencapaian tertinggi telah diperoleh oleh orang-orang Timur terutama al-Khawarizmi.
Wiedmann pula menyifatkan al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bijaksana. Ini membuktikan al-Khawarizmi telah memberi sumbangan yang besar dalam bidang matematik dan astronomi.

No comments:

Post a Comment