Sunday, February 28, 2010

Seorang pelajar UIA Gombak mati dibunuh oleh tentera Israel.أعلنت عائلة القدسي الدويك صباح اليوم، عن استشهاد ابنها الجريح عبيدة ماهر عبد المعطي القدسي الدويك ( 25 عاماً)، في أحد المستشفيات الإسرائيلية. Keluarga al-Qudsi ad-Duwaik telah mengumumkan pada pagi ini tentang kesyahidan anak mereka Ubaidah Mahir Abdul Mu'ti al-Qudsi ad-Duwaik yang berumur 25 tahun yang telah tercedera dan meninggal di salah satu hospital Israel.




وكانت سلطات الاحتلال أطلقت الرصاص على عبيدة على مدخل شارع الشهداء وسط مدينة الخل
بتاريخ 26/8/2009، وتمت إصابته بعدة عيارات نارية، نقل على إثرها لأحد المستشفيات الإسرائيلية وهو في حالة حرجة.Kerajaan penceroboh Israel telah menembak Ubaidah ketika di pintu jalan asy-Syuhada di tengah-tengah bandar al-Khalil (Hebron) pada 26/8/2009.

Dia telah ditembak dengan beberapa das tembakan, dan dia telah dibawa ke salah satu hospital Israel dan beliau ditahan di sana.وتتهم سلطات الاحتلال الشهيد عبيدة بمحاولة طعن جندي إسرائيلي على حاجز شارع الشهداء.Pihak penceroboh Israel telah menuduh asy-Syahid Ubaidah dengan cubaan menikam salah seorang tentera Israel yang sedang menjaga sekatan di jalan asy-Syuhada'.

More Info



Maklumat tambahan (daripada rakan rapat Ubaidah di UIA):

* Ubaidah memang terkenal sejak kecil aktif dengan program-program Islami di masjid, dan popular dengan nasyid dan syair-syair Arab berkaitan pembebasan Palestin.

* Ketika di jalan Syuhada, beliau dalam perjalanan ke tempat kerja, dan jalan itu memang terkenal sebagai tempat ramai orang dibunuh oleh tentera Israel kerana pihak Israel menguasai jalan tersebut dan sering mengadakan sekatan jalan raya.

* Pihak Israel tiada bukti menyatakan penglibatan Ubaidah di dalam kumpulan militan atau aktiviti keganasan, jadi pihak Israel mengada-adakan tuduhan kononnya beliau cuba menikam pihak Israel, supaya menghalalkan pembunuhan tentera Israel ke atas Ubaidah.

* Selepas ditembak, beliau masih hidup dan dibiarkan selama lebih kurang 30 minit, dan beliau dibelasah.

* Di hospital, pihak Israel menghalang orang Palestin daripada melawat Ubaidah.

* Beliau koma selama 19 hari.

* Beliau merupakan tahanan yang ke 1167 atau 1168 yang mati di dalam tahanan Israel.

Sumber


**Lihatlah dunia, betapa kejamnya mereka Israel Laknatullah. Namun begitu, syahid ini Ubaidah Mahir Abdul Mu'ti al-Qudsi ad-Duwaik telah dijanjikan syurga baginya. bagaimana pula nasib kita yg msih didunia ini??**

Sumber : Cahaya Kebajikan

Teruskan memboikot barangan yahudi laknatullah. Tidak rugi anda memboikotnya. Percayalah! Janji Allah itu pasti pada mereka yang ikhlas berjuang di jalanNya.Ubaidah sudah mewarisi syahid. Kita ni apakah kesudahan kehidupan kita? Wallahualam.

Saturday, February 27, 2010

Friday, February 26, 2010

ADI PUTRA


Siapa Adi Putra??

Adi Putra adalah seorang kanak-kanak genius dalam bidang matematik..

AdiPutra

==============
Biodata Adi Putra
==============
Nama : Adi Putra bin Abd Ghani
T/Lahir : 27hb Januari 1999
Umur : 11 tahun
Belajar : Sedang mengikuti program A-Level
Kolej Matrikulasi,
UIA Malaysia,
Petaling Jaya.
Cita-cita : Professor Matematik Islam
Idola : Prof. Dato’ Dr Ismail b. Md Salleh
Impian : Bila besar nanti, insyaAllah,

* Adi akan cipta sebuah komputer canggih yang boleh bercakap untuk orang buta dan Adi akan hadiahkan kepada idola Adi.
*

Adi akan cipta satelit bumi dan angkasa untuk kegunaan negara-negara Islam sahaja dengan menggunakan password Al-Quran.


==============
Tentang Adi Putra
==============
“OTAK Adi Putra adalah pemberian Allah”. Itulah kata-kata yang diucapkan sendiri oleh kanak-kanak pintar, Adi Putra Abdul Ghani yang baru berusia enam tahun dan bercita-cita menjadi seorang profesor matematik Islam.

Adi Putra yang suka makan roti bersama minuman bercoklat serta aiskrim, mempunyai kebolehan luar biasa untuk menyelesaikan pelbagai masalah dalam mata pelajaran matematik peringkat sekolah menengah termasuk algebra, indeks dan trigonometri.

Kebolehan menjawab soalan matematik tambahan secara congak dengan tepat dan menerangkan bagaimana beliau memperoleh jawapan berkenaan menggunakan formula sifir dan logik tersendiri, juga meyakinkan.

Penulis yang mempunyai sedikit latar belakang dalam matematik tambahan, terasa kagum melihat keupayaan seorang kanak-kanak yang tidak mempunyai pendidikan formal matematik seperti Adi mampu menyelesaikan soalan seperti 30.80 – 2 7/10-3 2/100 = 25.08 atau 1/16 = 0.0625 atau (3/4) kuasa dua – punca kuasa tiga 125 = -4 7/16 secara congak.

Adi menyelesaikan soalan itu kurang daripada sesaat kerana anak genius ini memberikan jawapan secara spontan sebaik melihat soalan yang diberikan bapanya, Abdul Ghani Wahid.

Siapa sangka keunikan kanak-kanak berasal dari pekan kecil seperti Bagan Serai itu akan mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk tawaran Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang membantu menggilap kebolehannya menerusi kepakaran yang ada di universiti itu.

Ramai berpendapat kepintaran kanak-kanak yang belum bersekolah ini tidak boleh disia-siakan dan harus diberikan perhatian dan bimbingan terbaik bagi mengenal pasti potensi akliah atau IQ dan tahap kepintarannya.

Ogos lalu, Berita Harian melaporkan kehebatan Adi Putra dengan mudah mengalahkan 19 guru serta 230 pelajar Tahun Satu hingga Enam dalam ujian kepintaran minda di Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau Baru dekat Bagan Serai.

Dalam ujian itu, Adi Putra dengan pantas menjawab tepat sehingga membuatkan guru tertanya-tanya mengenai formula sifir dan logik menjawab soalan yang diberi secara rawak.

Kanak-kanak itu juga mampu menyelesaikan pelbagai soalan matematik peringkat sekolah menengah dan mengenal dengan mudah angka trilion (15 angka).

Kebiasaannya, Adi Putra hanya mengambil masa kurang satu minit bagi menjawab soalan asas matematik manakala bagi soalan peringkat sekolah menengah serta asas universiti, kanak-kanak itu mampu menyelesaikannya kurang lima minit dengan hanya menggunakan jari dan kekuatan ingatannya.

Adi juga menghadiri majlis motivasi anjuran pelbagai pihak dan sehingga kini sudah menerima 26 sijil penghargaan, termasuk diiktiraf sebagai pakar motivasi daripada Majlis Guru Besar Daerah Larut, Matang dan Selama.

Kepintarannya juga menyebabkan ada sekolah rendah dan menengah mengundangnya untuk memberi motivasi, selain dua institusi pengajian tinggi seperti Politeknik Tanjung Malim dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Persoalannya ialah bagaimana kanak-kanak berusia enam tahun dan ketinggian tiga kaki setengah ini mempunyai kemampuan luar biasa itu? Apakah kesan dididik dengan formula khusus oleh ibu bapanya atau ia memang satu keistimewaan pemberian Ilahi.

Dalam pertemuan dengan Berita Minggu, memang terasa kebolehannya adalah pemberian Tuhan dan Adi Putra mungkin satu dalam sejuta yang memiliki kecerdasan akliah seperti itu.

Bapanya yang lebih awal mengenal pasti keistimewaan anaknya menanam pelbagai usaha menguji sendiri tahap kecerdasannya dengan membimbing dan mengajar asas matematik pada usia Adi Putra seawal tiga tahun yang kemudian mendapati kebolehan anaknya melebihi kanak-kanak biasa.

Abdul Ghani yang berasal dari Terengganu, sebelum ini juga pernah memberitahu kepintaran anak bongsunya itu dikesan sejak berusia empat tahun apabila Adi Putra berjaya menyelesaikan masalah matematik abangnya, Amirul Izuan, 10, yang ketika itu di Tahun Dua.

Beliau yang kini bertugas sebagai Juruteknik Tenaga Nasional Berhad di Bagan Serai, berkata, anaknya mempunyai hasrat mahu menjadi seorang pakar matematik Islam di samping menjadi seorang yang tahfiz al-Quran.

Menurutnya, beliau dan isterinya, Serihana Alias, 30, mendapat pelbagai jenis petanda sebelum kelahiran Adi Putra. Pada masa itu mereka tidak tahu apakah yang dimaksudkan tanda luar biasa yang mereka dapat itu.

Beliau teringin sangat menamakan anaknya Adi Putra dan setelah menjalankan sedikit kajian Abd Ghani mendapati “Adi Putra” adalah nama kepada Tok Guru Silat kepada pahlawan dalam sejarah iaitu Melayu Hang Tuah.

“Pada waktu itu kami juga tidak membuat imbasan untuk melihat jantina anak kami. Kemudian saya bertanyakan kepada seorang yang berkemahiran dalam ilmu mistik, bolehkah saya menamakan anak saya Adi Putra.

“Orang itu berkata nama itu keras dan anak yang diberikan akan menangis tiga hari tiga malam jika tidak serasi dengannya dan perkara itu tidak berlaku kepada Adi Putra.

“Tidak pula saya sangka akan mendapat anak lelaki kerana saya benar-benar teringin menamakannya Adi Putra… mungkin sebab itu dia suka bermain pedang jika ternampak kayu,” katanya sambil ketawa.

Abdul Ghani berkata, orang itu juga telah meminta isteri saya supaya membaca al-Quran sepanjang mengandungkan anak ketiganya.

Ibunya, Serihana berkata, dia gemar membaca surah Maryam, Yusuf dan Luqman sebagai amalan harian ketika waktu lapang ketika mengandungkannya.

Serihana berkata, dia juga tidak dapat melupakan peristiwa bermimpi melihat sebutir berlian di langit, hasil gabungan lima bintang yang cukup terang dan bersinar ketika berusia belasan tahun iaitu sebelum berkahwin dengan Abdul Ghani.

“Pancaran sinar itu cukup kuat sehingga seperti melekat pada muka saya, sejak mimpi itu saya sentiasa tertanya-tanya maksudnya dan hari ini saya rasakan ia ada kaitan dengan kelahiran Adi Putra.

“Mengandungkannya tidak sama seperti mengandungkan dua anak yang lain. Naluri untuk mengaji dan membaca tiga surah berkenaan lebih kuat. Kalau hari ini saya membaca surah Maryam berulang-ulang kali, keesokannya pula saya membaca surah Yusuf dan Luqman,” kata.

Bagaimanapun, Serihana yang mendirikan rumah tangga dengan Abdul Ghani sewaktu berusia 18 tahun, berkata amalan membaca al-Quran ketika mengandung sudah menjadi kebiasaan kepada dirinya.

“Ketika mengandungkan dua anak yang lain iaitu Amirul Izuan, 10, dan Seri Amelia, 8, saya tidak menumpukan kepada tiga surah saja, sebaliknya akan membaca keseluruhan surah dalam al-Quran,” katanya yang pernah menjadi guru sandaran di Sekolah Menengah Slim River, Perak, selama lima tahun.

Adi Putra dikatakan adalah seorang kanak-kanak yang pelik yang tidur hanya selepas jam 4 pagi dan banyak menggunakan masanya awal paginya antara jam 12 hingga 4 pagi cuba menyelesaikan masalah matematik yang diberikan bapanya.

“Dia memang aktif selepas jam 12 malam, bermain dan menjawab soalan yang disediakan bapanya. Tetapi dia tidak akan menjawab soalan itu di hadapan kami kecuali kami memintanya menerangkan bagaimana dia memperoleh jawapan itu.

“Dia jarang makan nasi dan tidak makan kuning telur. Sifatnya juga tidak seperti kanak-kanak lain. Dia juga tidak suka makan organ dalaman haiwan seperti hati atau limpa dan waktu tidurnya pula terhad jam 4 pagi hingga 10 pagi jika tiada kelas tuisyen.

“Kami mengajar Adi Putra mengenali angka 1-100 ketika berusia dua hingga tiga tahun dengan menggunakan makanan seperti gula-gula berwarna.

“Sambil dia mengira gula-gula itu dia juga mengenal warna. Dia juga seorang yang jujur, jika dia mahukan aiskrim 20 sen, 20 sen yang digunakan walaupun diberikan RM1,” katanya.

Serihana yang bangga dengan pencapaian anaknya, berkata Adi Putra juga berbeza daripada adik beradik yang lain kerana mempunyai rasa hormat dan budi pekerti tinggi ketika bersama ibu bapanya.

Adi Putra bukan seorang kanak-kanak yang suka menunjukkan kebolehannya kepada orang lain malah seorang pemalu. Kanak-kanak ini juga dididik penuh kasih sayang dan sangat manja bersama kedua ibu bapanya.

“Dia tidak pernah lupa mengucapkan `terima kasih pak’ walaupun berkongsi segelas air oren bersama bapanya. Kami tidak ajar atau memaksanya bersifat sedemikian kerana itu memang cara dia.

“Kadang-kala kami juga kagum dengan kebolehannya sehingga kami terpaksa memujuknya mengajarkan kepada kami. Kami perlu faham dulu cara dia menyelesaikan masalah matematik sebelum mengajarkan kepada orang lain,” katanya.

Kanak-kanak genius ini juga tidak bangga dengan kebolehannya yang sejak kebelakangan ini mendapat perhatian meluas daripada media atau pihak tertentu yang mahu beliau bekerja bersamanya serta bantu membimbingnya.

Malah, bapanya sendiri mengakui anak bongsunya itu pelik apabila mendapati dia turut menanam azam tinggi untuk menabur bakti seperti idolanya iaitu Naib Canselor Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech, Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh.

“Adi nak jadi pandai seperti Prof Dr Ismail, kerana dia pandai walaupun dia buta,” kata Adi Putra.

Banyak lagi hendak dikatakan mengenai Adi Putra, mungkin bapa kepada kanak-kanak istimewa yang dianugerahi bakat ini sendiri dapat menceritakan mengenai kehebatan dan kepintarannya.

Petikan diambil dari Blog Adi Putra : http://adigenius.com/

TOKOH MATEMATIK ISLAM

Abu Abdullah Mohammad Ibn Musa al Khawarizmi telah dilahirkan di bahagian Kath Khwarizm (Kheva, Uzbekistan) selatan Aral Sea di Asia Tengah.Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Cowarizmi, al-karismi, al-Goritmi atau al-Gorism. Nama al-Gorism terkenal pada abad pertengahan. Di negara Perancis pula al-Gorism muncul sebagai Augryam atau Angrism. Di negara barat pula dia dikenali sebagai Aurym atau Augrim.


Ibu bapanya berhijrah ke sebuah kawasan di selatan Baghdad semasa beliau masih kecil lagi.Hanya sedikit maklumat sahaja yang diketahui mengenai latar belakang beliau.Gelaran al-khawarizmi diberi kepada beliau sempena tempat kelahirannya iaitu Khath,sebahagian daripada daerah Khawarizm.Khath kini telah lenyap akibat ditelenggami pasir.Tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. Dicatatkan, beliau meninggal dunia antara 220M dan 230M. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad kesembilan.

Al-khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas meliputi bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.


Sumbangan al-khawarizmi mula menyerlah di bawah pemerintahan Khalifah Al-Ma'mun di Baghdad pada 813 hingga 833 Hijrah.Beliau telah dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja atas sumbangan dan kajian beliau.Beliau lebih dikenali sebagai Al-khawarizmi di kalangan ahli sains dan merupakan seorang ahli sains islam yang terulung dalam ilmu matematik selain dikenali juga sebagai seorang ahli astronomi dan geografi.

Dalam bidang ilmu matematik,beliau dikenali kerana memperkenalkan konsep matematik algorithm.Hasil kerjanya di dalam ilmu algebra sangat cemerlang dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam pembentukan sistematik tetapi bertanggungjawab membangunkan penyelesaian analitikal dan juga pengembangan garis lurus serta persamaan kuadratik.Persamaan kuadratik merupakan satu persamaan di mana kuasa dua tanpa kuasa lebih tinggi digunakan bagi yang tidak diketahui.Kejayaan itu akhirnya menjadikannya sebagai pengasas ilmu Algebra.

Nama Algebra diambil daripada buku beliau yang sangat popular iaitu Al-Jabr wa al-Muqabilah.Beliau turut menjelaskan dengan teliti kegunaan sifar dalam sistem angka yang dibangunkan orang Arab selain membangunkan sistem perpuluhan.

Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun Islam. Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falak iaitu pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang.Diantara hasil kerja beliau ialah membuat penyemakan dan memperkemaskan semula ilmu astronomi pada ketika itu dan membetulkan pelbagai pandangan Ptolemy.

Beliau juga telah menghasilkan peta dunia pertama yang telah diterokai pada zaman itu. Beliau juga telah menghitung isipadu dan ukurlilit bumi, mencipta alat penentu kedudukan bintang, sukatan masa dan jam matahari.

Hasil penemuannya dibukukan dan beberapa daripadanya telah diterjemahkan dalam bahasa Latin pada awal kurun ke-12.Beberapa bukunya mengenai kira-kira,Kitab al-Jam' wal Tafreeq bil hisab al hindi telah hilang di benua Arab namun ilmu mengenainya masih boleh diperolehi dalam buku terjemahan ke dalam bahasa Latin ini.

Bukunya mengenai Algebra iaitu Al-Maqala fi Hisab al-Jabr wa al-Muqalabah juga telah diterjemahkan dalam bahasa Latin dan ia adalah terjemahan yang diperkenalkan dalam dunia sains baru kepada Barat.

Hasil kerjanya dalam ilmu falak turut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah dan kemudian ke dalam bahasa Cina.Buku geografinya,kitab surat al-Ard bersama-sama peta lakarannya juga telah diterjemahkan.Beliau turut menulis kalendar yahudi,Istikhraj Tarikh al-Yahud selain menulis kitab al-Tarikh dan buku mengenai alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari iaitu Kitab al-Rukhmat.Malangnya kedua-dua buku tersebut telah hilang.

Kitab Al-Jabr wa al-Muqabilah.
Pengaruh al-khawarizmi dalam perkembangan ilmu sains khususnya matematik,astronomi dan geografi kini menjadi lakaran sejarah.
Al-Khawarizmi dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan ia diperakui oleh sarjana Barat. G. Sarton pernah menyatakan bahawa pencapaian-pencapaian tertinggi telah diperoleh oleh orang-orang Timur terutama al-Khawarizmi.
Wiedmann pula menyifatkan al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bijaksana. Ini membuktikan al-Khawarizmi telah memberi sumbangan yang besar dalam bidang matematik dan astronomi.

Thursday, February 25, 2010

BINGKAI KEHIDUPAN (SHOUTUL HARAKAH)

Mengarungi samudera kehidupan..
kita ibarat para pengembara..
hidup ini adalah pejuangan..
Tiada masa tuk berpangku tangan.




Setiap tetes peluh dan darah..
xakan sirna ditelan masa..
segores luka dijalan Allah..
kan menjadi saksi pengorbanan..




Allahu Ghaayatuna...
Arrasul qudwatuna...
Al-Qur'an dustsrna...
Al-jihadu sabiluna...
Al-mautu fi sabilillah...
Asmaa amanina...




Allah adalah tujuan kami...
Rasulullah teladan kami...
Al-qur'an pedoman hidup kami...
Jihad adalah jalan juang kami...
Mati di jalan Allah adalah...
Cita2 kami tertinggi...

ISI HATI SANG AKHAWAT


Wahai zaujku,
Aku mengerti kau sedang menungguku,
Aku mengerti kau merinduiku,
Namun segalanya kau tundukkan kerna kau tidak mengenal siapa aku.

Aku tau kau sedang berjuang,
Kau sedang lelah berdakwah,
Ke sana sini dengan pelbagai program dakwah,
Sehingga kadang kala kau merasa lemah.

Namun sabarlah,
Aku sedang menunggumu,
Aku juga sedang letih seperti kamu,
Kerana setianya padaku,
Aku menolak untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti yang mengundang maksiat hati,
Aku menolak bicara dan pelawaan mana-mana yang mahram dgnku,
Kerana perasaanku telah aku simpankan untukmu,
Walaupun aku tidak tahu siapakah kamu.

Zaujku,
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu,
Kerna, aku mendambakan seorang zauj yang mampu mendidikku dan anak-anak kita nanti, Bukan paras rupa semata-mata.

Didiklah aku agar sentiasa tegar dalam mujahadahmu.